ummifatihahmohd =)



&

setahun pemergiannya

Setahun pemergiannya……

Hari ini(14.7.2011) genaplah setahun pemergian ayahku yang tercinta ke rahmatuallah(14.7.2010)…terasa begitu pantas masa  yang berlalu..sungguh ku tak saangka ya allah….malam ni aku dah rindu sangat kat ayah ya allah…dapat kah kami berjumpa kami kembali dia alam yang akan datang ya allah….hnya allah yang lebih mengetahui…ya allah daripada nya aku datang dan kepadanyalah lah aku kembali…

Baru2 ni aku dah terjumpa blog seorang rakan ayah aku yang turut serta smsa dakwah ayah aku ke india…alhamdullillah..allah maha besar…dia juga berada di sisi ayahku semasa ayahku ingin menghembuskan nyawanya yang terakhir…seseungguhnya ya allah ..aku amat memerlukan kekuatan untuk memulakan  kisah ini…..semoga allah sentiasa merahmati penulis blog ini kerana telah berkongsi kisah yang dia tulis ini…..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Bismillahirrahmanirrahim ………………..



Sejak akhir-akhir ini,penulis agak sibuk bangat melayan karenah dunia yang tidak jemu-jemu menganggu penulis dan mereka yang bergelar insan.Sebelum ini ,penulis ada menceritakaan sedikit cerita mengenai laporan kematian rakan penulis dan juga merupakan rakan seusaha yang mana saat kematiannya di saksikan sendiri oleh penulis ketika penulis baru balik dari tashkil selama 30 hari Shaharanpur,Uttar Pradesh.Ketika di tempat tashkil,rakan penulis ini,telah mengalami kelesuan ,kepenatan dan sebagainya lagi.Penulis mendapat laporan,tahap kesihatan beliau yang agak uzur itu tidak menghalang beliau daripada keluar tashkil di IPB selama 4 bulan.Agak menghairan penulis kerana,syura-syura di Malaysia membenarkan beliau untuk datang ke India,memandangkan tahap kesihatan beliau yang tidak memuaskan,yang sekiranya,terdapat mereka yang ingin datang ke India ini,perlu mempunyai tahap kesihatan yang bagus kerana,kita telah dimaklumkan bahawa tahap mujahadahnya di sana amat berbeza dengan tahap mujahadah di negara kita.

Ketika dalam tashkil pertama,beliau mengadu kepada amer sab jemaah,bahawa beliau mengalami kepenatan dek kerana cuaca di tempat tashkil ketika itu sangat panas kira-kira 48 degree.Penulis juga sendiri tidak tahan dek kerana panas cuaca di situ.Setelah diberikan ubat,namun,penyakit beliau semakin teruk,dimana semakin meruncingkan,dan akhirnya,penulis telah diarahkan oleh amersab untuk berkhidmat untuk membawa pulang Allahyarham ke Markaz Masjid Banggala-wali bersama dengan seorang lagi rakan penulis.Penulis terkenang jasa orang tempatan kerana,bersusah payah mengendol Allahyarham di belakang untuk bergerak,kerana Allahyarham menagadu kepenatan setelah mengalami tempoh perjalanan yang agak lama.

Setelah sampai di Markaz ,kami telah di sambut oleh istiqbal Foreign dan penulis telah membuat aduan kepada pihak istiqbal mengatakan bahawa ahli jemaah kami sakit dan perlu mendapatkan kerehatan di markaz.Setelah beberapa hari berehat di markaz,kesihatan Allahyarham beransur pulih dan pernah sekali penulis bertanya kepada beliau,bagaimana keadaan kesihatannya,lantas beliau denagn tersenyum memberitahu penulis,”Alhamdulillah,dh ok dah”.Senyuman beliau penulis akan ingat kerana ada sesuatu yang penting yang telah menyentak hati sanubari penulis dan insyaAllah,penulis akan ingat kenangan ini sehingga ke akhir hayat penulis.
Pada hari yang kelima setelah,berehat di markaz,pada malam sebelum kejadian,penulis,telah dikejutkan dengan satu suara dengan mengajak penulis untuk ke dewan utama solat untuk program musafaha bersama Hadrat Syeikh Allamah Maulana Saad Al-Kandhalavi .Maka penulis bersama dengan Allahyarham turun sambil tangan beliau dibimbing oleh penulis,ketika melalui kesesakan akibat ratusan manusia yang mahu memasuki bilik Hadrat Syeikh untuk bermusafaha dengan beliau.Alhamdulillah,hajat Allahyarham telah dipermudahkan oleh Allah,dengan mudah penulis bersama Allahyarham diberi peluang untuk memasuki bilik Hadrat Syeikh,dan akhir Allahyarham bersama penulis,ketika samapi giliran Allahyarham bermusafaha dengan hadrat Syeikh,maka Allahyarham dengan perasaan gembira berada di hadapan menghulurkan tangan dan diikuti hadrat syeikh menghulurkan tangan seraya menyahut salam dari Allahyarham,tiba-tiba Allahyarham ingin mencium tangan hadrat syeikh,dan terkejut dengan perbuatan tersebut,lantas hadrat syeikh menarik tangannya untuk mengelak dari dicium oleh Allahayarham.Ketika berbual dengan penulis,Allahyarham memberitahu,mungkin kerana Hadrat Syeikh tidak mahu beliau di sanjungi secara berlebihan.

Pada keesokan harinya,penulis telah dikejutkan dengan berita bahawa,Allahyarham,telah nazak,dengan penulis,melihat keadaan Allahyarham sangat menyedihkan,hampir setiap batuk Allahyarham mengeluarkan darah yang banyak,ketika diberi air zam-zam oleh seorang lelaki arab,maka batuk Allahyarham berkurangan sedikit,namun,nafas Allahyarham tersekat-sekat,mungkin kerana kesukaran bernafas dan akhir setelah mendapat pemeriksaan dari seorang doctor yang sedang khidmat di markaz ini dan seteah di nasihat oleh doctor tersebut,maka Allahyarham telah dibawa ke hospital dengan menggunakan teksi awam yang sering berlegar di perkarangan markaz.

Kira-kira jam 5 ptg,Allahyarham telah dibawa ke hospital,mengharungi jalan raya yang sibuk,terperangkap dlam kesesakan lalu lintas,kesakitan yang di alami oleh Allahyarham semakin bertambah teruk dengan nafasnya yang tercungap-cungap,penulis agak gementar,lalu seraya menyuruh Allahyarham mewiridkan kalimah tauhid.Selepas bertarung dengan kesakitan yang agak mencemaskan,akhirnya sekali,Allahyarham pergi mengadap ilahi,penulis langsung tidak perasaan,kerana hanya sedikit sentuhan yang di alami oleh penulis,Janji Allah pada orang beriman,nyawa di cabut seperti menarik rambut dalam tepung,bila sampai di hospital,setelah pemeriksaan,di sahkan,telah meningggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Setelah,menghubungi orang tanggungjawab markaz,maka jenazah di benar di bawa pulang ke markaz untuk tujuan pengafanan dan pengebumian kerana telah mendapat persetujuan keluarga,penulis juga mendengar cerita bahawa,beliau telah mewasiatkan kepada isteri beliau,kebumikan beliau dimana beliau meninggal.Ketika jenazah sampai di perkarangan Markaz,suasana penuh dengan rakan seusaha yang sedang menanti ketibaan jenazah.Rakan-rakan seusaha yang dari pelbagai bangsa itu terus mengangkat jenazah untuk dibawa ke tempat mandi.Alhamdulillah,penulis dan rakan-rakan seusaha dari Malaysia dan rakan seusaha tempatan di beri peluang untuk memandi dan mengafankan jenazah,dan dibantu oleh beberapa orang Ustaz dari Malaysia yang berada disini.Pada ketika itu jam lewat 11 pm.MasyaAllah,tiada seekor lalat pun datang menghinggapi jenazah,peristiwa luar biasa ini berlaku sampai ke hari besoknya.

Keesokan harinya,penulis di panggil oleh orang khidmat dari Indonesia untuk hadir dalam mesyuarat Markaz Bangla-wali dan dikendaki memberikan karkhuzari .Dalam mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh semua elders termasuk Hazrat Syeikh Maulana Muhammad Saad dan Hazrat Syeikh Maulana Zubair.Karkhuzari penulis diterjemahkan oleh seorang Ustaz dari Malaysia.Akhirnya keputusan di buat,jenazah akan di kebumikan di perkuburan Nizhammudin,kira-kira 1KM dari markaz dan akan di solatkan sendiri oleh Hazrat Syeikh Maulana Muhammad Saad bertempat di Ghorib Academy,iaitu berhadapan Markaz ini. Ketika upacara solat jenazah di hendak di jalankan,kedatangan Hazrat Syeikh Maulana Muhammad Saad untuk mengimami solat ini,sebelum,jenazah di solatkan,permintaan dari Hazrat Syeikh Maulana Muhammad Saad untuk melihat buat terakhir kalinya jenazah tersebut,maka seseorang telah membuka kain yang menutupi jenazah,tiba-tiba,terserlah wajah si jenazah dalam keadaan wajah yang nur dan dalam keadaan kesenyuman,Penulis cuba mengamati betul-betul jenazah tersebut,Waallahi,penulis berani bersumpah,memang wajah allahyarham dalam keadaan kesemyuman,Penulis dapat mengingati bait-bait senyuman beliau,kerana sebelum kematian allahyarham,sering bergurau dengannya,dan setiap gurauannya,menyebabkan beliau sering tersenyum.Ketika itu juga penulis melihat reaksi muka Hadrat Syeikh Maulana Muhammad Saad dalam keseyuman dan telah mengeluarkan beberapa patah perkataan dan diantaranya Allahuakbar,dan lainnya yang mana amat sukar bagi penulis untuk ceritakan di sini.

Setelah,solat jenazah tamat,jenazah telah di usung secara beratur,dalam keadaan serah-menyerah diantara rakan seusaha dari pelbagai bangsa dan keturunan sampailah ke tanah perkeburan.

Allahamdulillah,disini,(tanah perkuburan Nizhamuddin),penulis dapat menziarahi pusara Hazrat Maulana Muhammad Umar Palampuri Rah,Hazrat Maulana Muhammad Daud Rah,Hazrat Munsyi Aala Datar Rah,Hazrat Munsyi Bashir Rah dan ramai lagi elders dalam usaha dakwah ini yang di kebumikan disini.Pusara Allahyarham,telah dikebumikan tidak jauh dari pusara Hazrat Maulana Muhammad Umar Palampuri Rah.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


Walaupun pemergian ayah telah genap setahun..namun..aku masih merasai kesedihan itu…begitu juga adik beradik ku yang lain…setiap awl pagi aku pasti teringat akan bau minyak wangian atar yang ayah pkai sebelum pergi ke surau untuk solat subuh…suara ayah yang sntiasa mngejutkan aku untuk bngun sembahyang subuh…begitu juga pada bulan ramadhan..suara ayah lah yang sentiasa mengejutkan aku untuk bngun  sahur pada awal pagi…

Senyuman yang ayah ukirkan di wajahnya akn sentiasa aku ingat…..senyuman yang sentiasa menunjukkan  kesederhanaan dalam hidupnya……ya allah aku sngat merindui senyuman itu…
Kini…aku perlu mnerima seorang ahli baru dalam keluarga aku…kedatangan ahli baru itu tidak mungkin dapt aku terima..dalam hidup aku..mungkin allah akn bukak pintu hati aku suatu hari nanti untuk menerima kehadiran  ahli baru itu…bermula tahun ini..aku akn meyambut bulan ramadhan bersama ahli baru..menyambut hari raya bersama ahli baru….

Terus  terang aku ckp…setiap kali mendengar berita bhawa seseorang itu telah kehilanagan ahli keluarganya..aku juga rasa macam nak nangis….sedihnya ya allah…kehilangan orang yang tersayang…aku dapat rasakan perassan  itu….pada waktu itu..aku  berasa semuanya telah gelap…hidup aku..pelajaran aku….aku amat memerlukan kekuatan yang amat kuat untuk terus bangkit…

Alhamdulliah..allah maha pengasih dan maha penyayang kepada semua hamba-hambaNya… kini, aku masih dapat meneruskan pembelajaran  seperti biasa…aku masih tetap terus dapat meneruskan pembelajaran aku..alhamdullilah ya allah..walupun kadang2 semangat itu kian luntur..namun ku gagahkan diri..untuk terus berusaha…..